20.7.08

tahniah semua...

salam geng...lame tul den tak post berkenaan aktiviti elektrik dan diri den...ok den nak bgtau korang..baru2 nih den kono suspek denggi..!! kono plak time berkursus..aduh..seksanyerrrr..
nasib baik suspek jerrr...kalu btul2...nayoo...3 hari gak kono tahan kek hospital srembn. Baru2 ni IKBN seMalaysia telah menjalankan pertandingan sukan. Diucapkan tahniah pasukan badminton IKBN dusun tua kerana menjadi juara acara lelaki..Team bola sepak pun diucapkan tahniah kerana naib juara.
Pada 24 jun- 28 jun yang lepas telah diadakan peperiksaan akhir bagi P2, PW4, Chargeman AO & A1 di IKBN dusun tua, sepang, bukit mertajam, wakaf tapai, pontian, alor gajah dan kinarut sabah. Kepada yang berjaya diucapkan tahniah dan yang tidak diharapkan anda berusaha dengan gigih lagi.
Sekarang Student baru dah masuk...fuh..18 orang masuk chargeman..45 PW2 dan SKM 10 orang.. perrggg masak aku...tapi takpo...tanggungjawab bebb..kepada student baru yang baca post den ni..TAHNIAH kerana menjadi warga IKBN Dusun Tua. OK kengkawan sekian jumper lagi post yang akan datang...jadi tungguuuuuuuuuu....

KURSUS HUJUNG MINGGU DAN JANGKA PENDEK...sila klik sini....

30.5.08

Temuduga Calon Penjaga Jentera Elektrik sesi 2/2008

Pada 26 mei yang lepas, sesi temuduga bagi kemasukan student baru pertengahan tahun telah diadakan di pejabat Kejuruteraan Penjaga Jentera elektrik. Seramai 10 orang calon dari kawasan tengah iaitu dari Selangor, Kuala Lumpur an Wilayah persekutuan PutraJaya. Sesi temuduga dijalankan pada sebelah pagi dan habis pada sebelah petang hari tersebut.





PEMBERITAHUAN : Kepada sesiapa yang berminat ingin mengikuti kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 di IKBN Dusun Tua. Syarat2 nya adalah berumur tidak lebih dari 25 tahun. Mempunyai sijil kompetan sebagai Pendawai 1&3 fasa..dan sekurang2nya 1 tahun pengalaman bekerja. Tarikh 1 tahun dikira dari tarikh yang ada pada sijil kompetan. Mempunyai Buku Log yang dikemaskini. Bukan buku Log semasa anda praktikal semasa mengikuti pengajian terdahulu. maksudnye kerja2 yang anda buat semasa bekerja ditempat sekarang iaitu tempat bekerja. Permohonan anda ditolak kerana tidak mengikuti syarat2 kemasukan IKBN Dusun Tua. (lain skit dari ST...tapi lebih kurang sama gakk....)
KURSUS SEPARUH MASA DAN JANGKA PENDEK....sila klik disini....

12.5.08

MAJLIS JAMUAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK IKBN


Seperti tahun2 kebiasaan, kejuruteraan elektrik IKBN pasti mengadakan jamuan tahunan cuma pada tahun 2008 ini dibuat didalam kawasan institut dan tidak seperti tahun2 sudah yang diadakan di luar seperti di hotel atau paling selalu di restoran nelayan titiwangsa atau bangi. Majlis jamuan telah diadakan pada 9 mei yang lepas dan kepada yang hadirin diucapkan ribuan terima kasih. Kedatangan anda amat dihargai...!




Mase mesyuarat pantas (x ingat bila)..aku ditugaskan untuk penyediaan "cuci mulut"... erm dah tentu ler buah tembikai..ingat nak tambah buah lain..yer laa..pelbagai katekan..last2 beli 10 tembikai jerk...huh..aku rase tetamu datang x fokus sangat kat buah2 tu...diorang mesti fokus BBQ ur satay..! betul tak geng..? Mase penyediaan buah ni pun aku kena "guard"..huhu..korang tentu tahu kan..sambil menyelam cuci mulut...at least aku suruh 2 gurl jerk yang tolong potong...kalu x cayer korang tengok si fauzi kat pic atas tu... Woiii..!! nak kena ni..


Kali ini kami semua berpakat nak order BBQ dan satay…BBQ serah kat En.Muhrim dan satay lak paste kat halim…huhu…kambing boer tu..perhh..!! dengar cite seribu lebih gak ler tuk sekor ...tapi siap masak kat IKBN lerr…satay pun same gak..kira meriah skit…macam raya lak…(jang..!! macam kenduri kawin ko.!!)




Sekali lagi diucapkan kepada tetamu yang hadir…kehadiran anda semua dialu-alukan kerana memeriahkan lagi MAJLIS JAMUAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK IKBN..!

KURSUS SEPARUH MASA DAN JANGKA PENDEK...sila klik disini

17.4.08

Maintenance and troubleshooting workshop


Pada 8-10 april yang lalu, telah diadakan kursus Maintenance and Troubleshooting of Electrical devices di bengkel kawalan motor IKBN Dusun Tua. Seramai 10 orang peserta telah menghadiri bengkel tersebut iaitu masing-masing 2 dari IKBN Kinarut, Alor Gajah, Bukit Mertajam, Jitra dan tuan rumah. Tujuan bengkel tersebut dijalankan adalah untuk mempertingkatkan lagi kemahiran sedia ada kepada Tenaga pengajar menghadapi era glokal...eh..?? betul ke ayat aku ni..? p=)...
KURSUS SEPARUH MASA DAN JANGKA PENDEK sila klik disini...

7.4.08

Peperiksaan Pendawai(wireman) PW4

(gambar bersama calon pelajar Pw4 IKBN Alor Gajah)

Salam semua...tak lama lagi dlm bulan 6 peperiksaan kekompetenan dari Suruhanjaya Tenaga akan dijalankan bagi sesi 1...sebelum ni peperisaan akhir tahun bagi sesi ke-2 telah dijalankan iaitu pada disember tahun lepas...syabas kepada yg berjaya..dan kepada yang gagal dan akan mengulang tidak lama lagi pada bulan 6 ini, diharapkan anda berjaya hendaknya..Pada disember lepas saye dan En.Remi telah ditugaskan menjadi pegawai pemeriksa bagi kategori kekompetenan PW4 di IKBN Alor Gajah..seramai 16 orang calon semuanye dan yang berjaya adalah...ehem..ehem...no komen..kepada yang gagal..jumpa anda lagi bulan 6 ni..Tungguuu..!
KURSUS SEPARUH MASA DAN JANGKA PENDEK sila klik disini...

1.4.08

AKAN TIBA...!! panduan asas Papan Suis Utama

AKAN DATANG!!!............ebook Panduan asas Papan Suis Utama Voltan Rendah. Berminat ke...?? huhuhu.....tak jual maaa.....ini champion punyoo...!!
KURSUS SEPARUH MASA DAN JANGKA PENDEK sila klik disini...

Kursus Elektrik di IKBN











INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA
KM25 43100 DUSUN TUA HULU LANGAT
SELANGOR DARUL EHSAN



MENGANJURKAN

KURSUS SEPARUH MASA
&
HUJUNG MINGGU

#kursus yang ditawarkan#




1) KURSUS JANGKA PENDEK
  • Kawalan Motor Aruhan 3 HP hingga 10 HP.
  • Kendalian Papan Suis Utama Voltan Rendah.

2) KURSUS SEPARUH MASA
  • Penjaga Jentera Elektrik A1 & AO
  • Pendawaian Elektrik 3 fasa & Endorsan Pengujian (PW4)
  • Pendawaian Elektrik 1 fasa & Endorsan Pengujian (PW2)

3) TALIAN AERIAL VOLTAN RENDAH

Terima kasih kerana melawat laman web ini....kepada sesiapa yang berminat dengan lebih lanjut, sila klik disini